Sunday, November 4, 2012

JOB VACANCY SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA




PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG41 (TETAP)

SYARAT KELAYAKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Memiliki ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah Gred DG41: RM2,222.94)

(ii) Memiliki ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah Gred DG41: RM2,325.14)

(iii) Memiliki ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah Gred DG41 : RM2,427.35)

(iv) Memiliki ijazah Sarjana Muda Senibina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah Gred DG41 : RM2,631.77)

(v) Memiliki ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(Gaji permulaan ialah Gred DG41 : RM2,836.19; bagi ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan P1T11 dan Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia; RM3,040.60)

dan (d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (Lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Penetapan Gaji Permulaan:

Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred DG41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja, bakat atau kemahiran dalam bidang-bidang berkaitan.

Tempoh Percubaan:

Pegawai Perkhidmatan Pendididkan Siswazah Gred DG41 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama setahun hingga 3 tahun



TARIKH TUTUP: 22 NOV 2012

No comments: