PEKERJA AWAM R1 (TETAP)
SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) (i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; (ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(Gaji permulaan pada pada Gred R1:P1T3);
dan (b) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
1.1. Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
(i) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan.
(ii) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak Berjaya.
(iv) Segala perbelanjaan dan tuntutan bersabit dengan permohonan ini tidak akan ditanggung oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah.
PEMOHONAN:
1. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang MDBG1 yang boleh didapati dengan bayaran RM2.00 atau mengirim sampul surat beralamat sendiri berukuran 32cm x 22cm berserta Wang Pos RM2.00 dan bersetem RM1.00 sen kepada alamat seperti yang tercatat dibawah atau mengambil sendiri di Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 1, Majlis Daerah Batu Gajah, Jalan Haji Abdul Wahab, Batu Gajah.
2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Persekolahan, surat beranak, kad pengenalan dan gambar berukuran passport.
3. Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dengan menyertakan salinan Penyata Perkhidmatan bertaip yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahunan.
4. Alamat Permohonan :
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :
YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH BATU GAJAH
JALAN HAJI ABDUL WAHAB
31000 BATU GAJAH.
MAJLIS DAERAH BATU GAJAH
JALAN HAJI ABDUL WAHAB
31000 BATU GAJAH.
TARIKH TUTUP: 15 NOV 2012
No comments:
Post a Comment